Saturday, April 10, 2010

SIHIR,KERASUKAN, CARA PENGUBATAN DAN AYAT-AYAT PEMBATAL SIHIR YANG KRONiK SERTA AMALAN BAGI TERKENA SIHIR.

Bismillah Hirahmanni Rahim..
Alhamdulillah, bersama lagi kali ini dalam mempersoalkan tajuk sihir, apakah yang dimaksudkan dengan sihir. Menurut kajian daripada zaman Rasulullah SAW sehinggalah kepada zaman era moden pada hari ini. manusia tidak terlepas dari digoda oleh syaitan laknatullah untuk menyesatkan hamba Allah. ada manusia yang digoda untuk menjalankan ilmu sihir dimana ia merupakan satu jalan sama sekali diharamkan oleh Allah SWT. berhubnug dengan maksud sihir itu sendiri, sihir membawa pengertian satu amalan yang boleh dipelajari oleh seseorng dengan bantuan jin, syaitan dan mah;luk-mahluk halus dengan tujuan untuk memberi kemudaratan kepada manusia lain.

Ada yang mengajukan soalan kepada saya berhubung dengan perbezaan sihir dan mukjizat. persoalan ini telah lama diajukan oleh orang-orang kafir yang mendakwa mukjizat para rasul disamakan dengan sihir. mukjizat bermaksud anugerah yang diberikan oleh Allah hanya kepada rasul-rasul untuk tujuan menyebarkan dakwah Islamiah kepada ummah. jelas di sini sihir bertentangan sekali tujuan serta komposisinya berbanding dengan mukjizat.

berhubnug dengan tanda-tanda orang yang terkena sihir, para ulama, pengamal perubatan islam memberikan beberapa tanda awal apabila berlaku gangguan sihir. saya sendiri telah menemu bual beberapa pengamal perubatan islam di DarulSyifa, dan juga salah seorang pengamal perubatan Islam iaitu Ustaz Nizam di pusat perubatan Annabawiyah;- antara tandanya ialah seseorang itu akan mengalami kemurungan, kebingungan, tidak cukup tidur, tidak selera makan, selalu marah ataupun seringkali pengsan serta suka mnyendiri. bagi tanda tanda di peringkat seterusnya, seseorang itu mungkin akan mula termenung, ketawa atau menangais tanpa sebab, suka bercakap sendiri, melakukan tindakan seperti menumbuk sesuatu atau sebagainya dan sedah pastinya ia tidak tahu siapa diri serta keluarganya.

bagi yang terkena sihir kronik, selain membawa nya kepada orang yang arif dan pakar tentang sihir, (perlulah kapada cara perubatan Islam), ia juga boleh dirawat dengan memperdengarkan ayat-ayat pembatal sihir iaitu Al-Ftihah, ayat Kursi, surah Al-Baqarah, sureah al-jin, Surah al-Rahmman, surah Yassin, surah Al-Waqiah,, dan tiga kul serta azan dan zikirullah. ayat- ayat ini merupakan ayat yang dapat menghalang sihir serta dapat menyembuhkan sihir dengan izin Allah. sabda nabi Muhammad SAW;- "adalah elok jika di rumah diperdengarkan ayat-ayat Al-Quran, kerana malaikat akan menyukai rumah yang berkumandang nya Ayat-ayat Al-Quran dan syaitan tidak akan masuk.

bagi amalan pada maksa yang terkena sihir, apabila mangsa itu sembuh, bacaan Ayat-ayat Al-Quran itu penting selain zikrullah itu penting dalam menjadi pendinding bagi mengalakan diri dari terkena gangguan sihir. semoga dengan kuasa Allah, kita semua terselamat dari gangguan jin dan syaitan yang dilaknat AllahsWT...

No comments:

Post a Comment