Monday, July 26, 2010

KALIMAH SYAHADAH DAN MAKNANYA

1.0 PENGERTIAN DUA KALIMAH SYAHADAH.

1.1 PENGENALAN KEPADA KALIMAH SYAHADAH.

Islam sememangnya sudah melandaskan syariat kepada setiap umat untuk mengakui bahawa konsep dua kalimah syahadah merupakan satu lafaz yang penting dalam diri dan iman seseorang Islam. Dalam konteks dua kalimah syahadah, kita melihat bagaimana lafaz dua perkataan ini bukan sahaja sebagai janji dan bukti bahkan ia merupakan satu ikatan antara kita dengan Allah S.W.T. dan ia juga bahawa kita mengakui bahawa Muhammad S.A.W merupakan utusan Allah untuk menyebarkan agama Allah selain menyatupadukan dan menyebarkan kasih sayang kepada sekalian umah manusia.
Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud;-

“Sesungguhnya aku mengutus engkau wahai Muhammad adalah sebagai kasih sayang bagi semua alam” 1

[Surah Al-Anbiya’ ; ayat 107]

Dalam konteks ayat Al-Quran ini kita melihat bagaimana Allah S.W.T. telah mengutuskan Nabi Muhammad sebagai insan yang menyebarkan dakwah Islamiah secara berhemah di seluruh alam Allah S.W.T. Dalam konteks dua kaliamah syahadah, bagaimana kita melihat lafaz dan perkataan yang disebut, iaitu;-



Yang bermaksud;- “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”
Jelas di sini kita melihat dua kalimah ini sangat penting dalam memberi tarbiyah dan penerangan dan janji kita kepada Allah dan janji kita bahawa Muhammad Rasul Allah.
_________________________
1. Al-Quran Karim, Surah Al-Anbiya’ ayat 107, penerangan tersebut telah diterangkan oleh As-Syiekh Abdul Kadir Al- Jailani, dalam kitab SIRUL ASRAR, iman terhadap kenabian. m/s 22.


1

Dalam lafaz dua kalimah syahadah, kita akan melihat aspek perkataan lafaz tersebut iaitu “ tiada tuhan selain Allah” dan “lafaz Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”. Dalam hal ini, kita akan dapat merungkai makna dan keindahan lafaz-lafaz tersebut.

1.2. MAKNA DALAM LAFAZ “TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.”

Yang pertama, dan yang paling mustahak daripada perintah Nabi Muhammad S.A.W. ialah “tiada tuhan melainkan Allah”. Kaliamah ini merupakan fundasi dalam Islam. Ia membezakan daripada seorang muslin daripada seorang yang kafir, musyrik dan muhlid. Ia juga menunjukkan perbezaan antara manusia yang menerimanya deng manusia yang menolaknya. Mereka yang beriman kepadanya adalah mereka yang mendapat kejayaan, kebahgiaan, kelepasan, dan ketinggian di dunia dan di akhirat.

Makna tiada tuhan selain Allah patut kita ketahui dan bukan hanya sekadar melafazkannya. Kita patut mengetahui apa yang dipanggil “tuhan” (= al-illah. pent.). Mengikut ilmu bahasa ia bermakna “yang berhak di’ibadati”; ertinya, orang yang kerana kebesaran dan kemuliaan keadaannya, dan ketinggian darjatnya, patut di ibadati oleh manusia dan mereka menundukkan kepada kepadanya dalam pengabdian. Makna tuhan itu meliputi “orang yang kepadanya berkumpul kekuatan yang gagah, sehinggakan akal manusia sukar untuk menandinginya.” Terdapat juga kata melingkupi “orang yang tidak meminta, sedangkan semua orang meminta kepadanya bahkan semua orang terpaksa meminta tolong kepadanya dalam seluruh kehidupannya. 2 Dalam hal ini kita melihat bagi makna tiada tuhan selain Allah, kita perlulah menghayati keesaan Allah, kerana zat Allah sangat tinggi dan sukar diselami akal fikiran manusia. Diriwayatkan dalam satu Astar bahawa kunci syurga adalah (La ilaha ilallah).Seseorang bertanya kepda Wahb bin Munabbih r.a; “bukankah la ilaha illallah itu itu kunci pintu syurga? Beliau menjawab; ya, tetapi setiap kunci mempunyai gerigi, jika anda membawa kunci yang bergerigi, maka pintu syurga dibukakan untukmu.
______________________________
2. Abu’l a’la Al Maududi, asas-asas Islam, Dewan Pustaka Salam. Berkenaan Iman kepada Allah, pengertian tentang makna iman kepada Allah. m/s 12.

2

Bahawasanya mengucap kalimah itu, tiada apa yang difikir melainkan Allah semata-mata. Allah S.W.T. berfirman;-

Maksudnya; “padahal mereka tidak disuruh, kecuali supaya menyembah Allah supaya tidak memurnikan ketaatan kepadanya dalam menjalankan agama yang lurus.” 3
[Surah Al-Bayyinah; ayat 5]

Dalam konteks ini kita melihat bagaimana keikhlasan kita, kejujuran kita dalam mengucapkan kalimah syahadah tersebut, bukan tujuan hanya sekadar dibibir, tetapi rasa cinta dan penuh kecintaan kepada kalimah tersebut. Dalam mengucapkan kalimah tersebut, kita perlu jujur dan kita perlu menghapuskan kedustaan; kerana barang siapa yang hanya menyebutnya pada bibir sahaja sedangkan ia masih mendustai kalimah itu, maka ia dikatakan munafik sebagaiman firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 167;-

Maksudnya;- “Mereka menyatakan dengan mulutnya apa yang tidak terkandung dalam hatinya..” 4
[Surah Ali Imran; ayat 167]

Dalam konteks ini jelas sekali kita perlulah sentiasa sentiasa mengucapkan kalimah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh kerana setiap kalimah tersebut membawa saksi yang amat besar di hadapan Allah S.W.T. 5



____________________________
3. Al Quran , Surah Al-Bayyinah; ayat 5
4. Al Quran, Surah Ali Imran; Ayat 167.
5. Tafsir sepuluh, Dari Al-Quran karim, hukum penting dalam Al-Quran, menerangkan tentang kalimah LA ILAHA ILALLAH, MUHAMMADUR RASULLULLAH” ; terbitan Yayasan mustaqmal. www.tafseer.info.
3

1.3 . PENGERTIAN MAKNA “MUHAMMADURRASUL LULLAH”

Mentaati Nabi Muhammad S.A.W. pada setiap perkara yang beliau perintahkan, seperti firman Allah yang bermaksud;-

“Seseiapa yang mentaati rasul, sungguh dia mentaati Allah” 6
[Surah An Nissa’ ayat 80]

Maka disini kita ketahuilah bahawa cinta kepada kepada Nabi adalah wajib. Tetapi cinta sahaja tidak cukup untuk menggambarkan semuanya, untuk mencintainya sepenuh hati, kita seharusnya lebih mencintai nya dan sentiasa mengucapkan selawat kepadanya tanpa rasa jemu dan bosan. Mutlaknya seseorang itu masuk Syurga adalah kerana mutlaknya ketaatan kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah pernah bersabda;-

“semua umatku akan masuk syurga kecuali orang yang menolak, mereka bertanya siapa yang menolak? Rasulullah menjawab; sesiapa sahaja mentaatiku masuk syurga, dan sesiapa yang tidak mentaatiku sunggu ia telah menolak.”
[H.R. al-Bukhari] 7

Sesiapa sahaja yang mencintai Nabi, maka harus mentaatinya, kerana ketaatan itu adalah buah dari kecintaan. Dan sesiapa sahaja mengaku cinta kepada Nabi dengan tidak mengamalkan sunnahnya maka itu adalah pengakuan palsu. Seharusnya kita prlulah betul betul mentaati nabi, kerana di hari akhirat kelak, syafaat Nabi akan membantu kita dalam menghadapi perhitugan Allah yang maha adil. 8
__________________________
6. Al-Quran karim, Surah An Nissa; ayat 80.
7. Hadith Riwayat sahih Al- Bukhari, diambil daripada petikan kesaksian Muhammad adalah Utusan Allah.m/s 119 terbitan Yayasan mustaqmal.
8. Tafsir Sepuluh, Dari Al-Quran Karim, hokum penting, cerakan 2006, Yayasan Mustaqmal, KALIMAH LA ILAHAILLALLAAH, MUHAMADURRASULLULLAH, www. Tafseer.info.
4



1.4 KONKLUSI DALAM KALIMAH SYAHADAH.

Setiap diri ummah, perlu ada pegangan dalam diri, kekuatan dan panduan haruslah selari dengan apa yang kita lakukan selagi perbuatan kita tidak melanggar syariat Islam dan Sunnah Rasulullah. Sabda Rasulullah berbunyi;-

“sesiapa diantara umatku yang berpegang kepada dua perka ini, maka ia tidak akan sesat, dua perkara ini adalah Al-Quran dan Sunnah ku(sunnah Rasulullah S.A.W)”

Maka disini kita harus melihat bagaimana kesedaran kita dalam mengucapkan dua kalimah syahadah. Seharusnya, kalimah ini perlu kita jaga dalam diri dan iman kita sehingga kita didatangi “sarakatul maut”. Maka dengan syahadah sahajalah kita dapan membuktikan bahawa kita mengakui “tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad Itu pesuruh Allah.

Dalam semua rangkuman tadi, kita dapat lihat bukan sahaja ucapan kalimah itu hanya sekadar pahala dan syariat, tetapi kesannya kepada seluruh akidah dan perbuatan kita perlulah tertumpu hanya kepada Allah. Dengan niat “lila hi ta’ala” [tiada tuhan selain Allah]. Semoga dengan segala penerangan tadi dapat member sedikit iktibar kepada kita dalam menempuh haluan den seterusnya dapat mencarai cinta Allah yang abadi, INSYAALLAH.







5



NOTA HUJUNG [BIBLIOGRAFI]

1.AL-QURAN KARIM, rujukan adalah daripada surah Al-Anbiyya’ ayat 107, surah Al Bayyinah ayat 5, Surah Ali Imran, ayat 167, Surah An Nisa ayat 80. [sumber Al-Quran].

2.Asas-asas Islam karangan Abu A’la Al-Maududi, terbitan Dewan Pustaka Fajar, diterjemahkan oleh H.O.K Rahmat, diterbitkan semula pada 2006. Berkaitan iman kepada Allah, keterangan adalah pada nota kaki m/s 2, dalam buku ini adalah pada m/s 12. [lihat nota kaki].

3. SIRRUL ASRAR, karangan As-syiekh Abdul Qadir al-Jailani, terjemahan oleh Zainal Abidin,cetakan kelima 2008. Berkaitan tentang ayat Al-Quran menerangkan iman terhadap kenabian. M/S 1. Di dalam buku asal adalah pada m/s 22.[lihat nota kaki].

4.Hadith sahih al-Bukhari,

5. Tafsir sifir sepuluh, dari AL-QURAN KARIM. Hukum-hukum penting, berkaitan tentang makna tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah, terbitan Pada Ramadhan 1247H , Terbitan yayasan mustaqmal www.tafseer.info. Pada buku asal adalah pada m/s 14, 15, 16, 17.

No comments:

Post a Comment