Monday, July 26, 2010

asma ul usna

PENGENALAN KEPADA ASMA UL HUSNA

Sering kita mengetahui bahawa Asma ul Husna, (nama-nama Allah) sememangnya mempunyai kahsiat dan manfaat dari sudut ilmu dan tarbiah. Ketahuilah juga bahawa sesungguhnya Al-Quran banyak menerangkan ayat-ayat yang menganjurkan agar sentiasa berzikir kepada Allah, seperti tertera dalam Surah Al-Baqarah ayat 152;


152. oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). [Al-Baqarah;152] 1

Juga dalam surah Al-Anfal ayat 45;

45. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu Dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
[Al-Anfal; 152] 2

Perlu kita lihat bagaimana Allah meneru kita supaya sentiasa menyebut nama Allah dalam apa jua situasi dan masalah supaya kita beroleh ketenangan. Dalam hal ini, sifat Asma-Al husna banyak memberi kelebihan kepada kita sebagai Umat Islam untuk bermohon sesuatu hajat selain berzikir memnuji keagungan Allah.
____________________
1. Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 152.
2. Al-Quran, Surah Al-Anfal, Ayat 45.

2


Allah telah berfirman,;


180. dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran Dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan. [Al-A’raf; 180].3


110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", Yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama Yang baik serta mulia". dan janganlah Engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah Engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara Yang sederhana antara itu.[ al-Isra’ ; 110] 4

8. Allah! tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah Segala nama Yang baik. [Tahaa ; 8]5



____________________
3. Al-Quran, Surah Al-A’raf ayat 180.
4. Al-Quran, Surah Al-Isra’ ayat 110.
5. Al-Quran, Surah Tahaa’ ayat 8

3
RAHSIA MAKNA ASMA UL-HUSNA.

Asma ul husna adalah merupakan nama-nama Allah yang terkandung di dalam Al-Quran di mana tiap nama tersebut mengandungi Khasiatnya masing-masing seperti kita ketahui seperti berikut,;

الله
Allahu, ertinya mengeluarkan sexan mahluk dari tiada menjadi ada.
Kahsiatnya adalah barangsiapa yang membacanya 5000 kali tiap-tiap hari, insyaAllah, akan dimurahkan rezekinya.

ارحمن
Ar-Rahman, ertinya bersifat pemurah terhadap hambanya di dunia.
Barang siapa yang membacanya tiap-tiap hari selepas selesai solat fardhu, maka InsyaAllah, ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai.

ارحيم
Ar-Rahim, ertinya kasih syang, barang siapa yang membacanya tiap-tiap hari, maka akan lahir sifat kasih sayang.

الملك
Al-Malik, barang siapa yang mengamalkannya akan dibuka pintu rezeki dan sebagai untuknya.

4




القدوش
Al-Quddus, ertinya mahas uci, barang siapa yang berzikir dengan kalimah ini Allah akan membersihkan hatinya. Barang siapa yang berzikir 1000 kali, maka Allah akan menyelamatkannya daripada bala.

السلام
As-Salam, ertinya sajahtera daripada kekurangan, apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali, insyaAllah, akan disembuhkan dengan izin Allah selama tidak datang ajal atau dikurangkan daripadanya penyakit

المؤمن
Al-Mu’min, ertinya mengimankan hambanya, apabila dibacakan akan kalimah ini kepada orang yang merasa takut, maka akan terasa aman dan tenteram. Apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka akan bertambah imannya.

المهيمن
Al-Muhaimin, ertinya yang sangat menyintai dan memelihara, barang siapa yang membacanya selepas selesai solat sunat dua rakaat, maka Allah akan menerangkan hatinya dan hatinya akan tetap bercahaya.

العزيز
Al-Aziz, ertinya maha mulia, barang siapa yang berzikir sebanyak 40 kali, akan dikayakan oleh Allah dan dimuliakan oleh Allah,


5

الجبار
Al-Jabbar, ertinya sangat gagah, barang siapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 206 kali, InsyaAllah, kita tidak akan dizalimi oleh orang lain dan mendapat perlindungan Allah.

المتكبر
Al-Mutakkabbir, ertinya yang maha megah, barang siapa yang berzikir tiap-tiap hari , insyaAllah, orang takbur akan tunduk kepadanya.


الخالق
Al-Khaliq, ertinya yang menciptakan mahluknya, barang siapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali, maka Allah akan menerangi hatinya.

البارى
Al-Bari’u ertinya yang mengadakan mahluk. Barang siapa yang berzikir pada siang hari, maka Allah akan selamatkan ia daripada dan tidak akan merasa takut di alam kubur.

المصور
Al-Mushawwir, ertinya yang membentuk mahluk, apabila dibacakan sebanyak 336 kali maka Insya Allah akan menjadi baik segala perbuatannya ataupun apa yang dikerjakannya.



6





الغفار
Al-Ghaffar, sangat mengampuni. Batang siapa yang membacanya, maka Allah akan mengampunkan dirinya. Dan ia akan mendapat keampunan Allah.

القهار
Al-Qahhar, ertinya sangat keras, apabila dibaca tiap-tiap hari sebanyak 306 atau lebih, pada waktu malam dan siang, maka Allah akan mendorong hatinya menuju ke arah Allah, dan barang siapa yang berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangannya, maka Insya Allah, akan tertunai hajatnya.

الوهاب
Al-Wahab, bererti sangat memberi, barang siapa yang beramal dengannya akan mendapat kekayaan dan kebesaran baginya.

الرزاق
Ar-Razaq, yang bererti sangat memberi rezeki, barang siapa yang mengamalkan zikir ini, hajatnya kepada orang besar, dan sesiapa yang mengamalkannya, akan diberi rezeki dan kemudahan Allah dalam segala urusan.

7





الفتاح
Al-Fattah, ertinya yang membuka khazanah rahmat. Apabila dibacakan ayat-ayat ini maka hatinya akan bersih, bercahaya dan Allah akan memudahkan segala urusan untuk nya.
العليم
Al-Alim, ertinya mengetahui, maka sesiapa yang mengamalkannya akan mendapat ilmu makrifat serta Iman.
القابض
Al-Qabbith,; ertinya yang membuka, barang siapa yang mengamalkannya akan terhindar dari ancaman..

الباسط
Al-Basit; ertinya yang melapangkan, barang siapa yang mengamalkannya akan diperluaskan pintu rezeki.

الخافض
Al-Khafidh, ertinya yang menurunkan, barang siapa yang mengamalkan kalimah ini, maka ia dapat menjatuhkan martabat musuh yang ingin menjatuhkannya.

الرافع
Ar-Raafi’ yang maha mengangkat, barang siapa yang mengamalkannya akan terhindar segala hartanya dari pencuri dan sebaginya.


8


المعز
Al-Mu’izzu, yang maha mulia. Barang siapa yang mengamalkan kalimah ini, maka ia akan diberi keberanian dan kewibawaan oleh Allah.
المذل
Al-Mudzillu, ertinya yang merendahkan ataumenghinakan, barang siapa yang mengamalkannya maka Allah akan memberi perlindungan kepadanya dan akan menenangkan dirinya dari musuhnya.
السميع
As-Sami’ ertinya yang mendengar, barang siapa yang mengamalkannya akan diberi pendengaran yang baik dan terhidar dari mendengar kata-kata yang kesat dan kotor.

البصير
Al-Basir, ertinya maha melihat, apabila dibaca sebelum sembahyang, maka fikirannya akan bertambah cerdas dan bijak.

الحكم
Al-Hakkam, apabila diamalkan kalimah ini akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.
العدل
Al-‘Adlu, ertinya yang maha Adil, barang siapa yan mengamalkannya, ia akan menjadi seorang pemutus yang adil, tertarik hati orang kepadanya.



9
اللطيف
Al-Latif, ertinya yang maha halus, barang siapa yang mengamalkannya akan peroleh kejayaan dalam pekerjaan dan perniagaan.
الخبير
Al- Khabir, ertinya yang maha mengetahui atau waspada. Barang siapa yang mengamalkannya , maka Allah akan mendatangkan rahmat kepadanya dan mendapat mimpi yang dikehendakinya.
الحليم
Al-Halim, yang maha penyayang, yang maha penyabar, barang siapa yang beramal dengan kalimah ini, maka Allah akan memelihara pangkatnya mahupun jabatan atau kedudukannya.
العظيم
Al-Azhim, ertinya yang maha agung, apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali, maka penyakitnya akan segera sembuh dengan Izin Allah,
الغفور
Al- Ghaffur, ertinya maha pengampun, barang siapa menulisnua atas orang yang sakit mahupun demam, bacalah sebanyak tiga kali, maka Insya Allah, Allah akan segerah menyembuhkannya.
الشكور
Asy Syakur, barang siapa yang sesak nafas, mahupun penat badan ataupun daif mata, amalkanlah zikir ini, maka Allah akan meringankan derita yang ditanggungnya.




10
العلى
Al-‘Aliyyu, yang maha tinggi martabatnya, barang siapa yang mengamalkan zikir ini, mak zuriatnya kan cerdas dan pandai.
الكبير
Al-Kabir, ertinya tang maha besar, barang siapa yangmengamalkannya, maka Allah akan mengembalikan jawatannya.
الحفيظ
Al-Hafizu, ertinya yang maha memelihara, barang siapa yang mengamalkannya, maka Allah akan melindunginya dari gangguan mahluk halus dan binatang buas.

المقيت
Al-Muqitu, ertinya mencukupkan keperluan mahluknya, barang siapa yang beramal dengannya maka Allah akan menghilangkan rasa haus dan lapar.
الحسيب
Al-Hasibu, ertinya menghisab mahupun menghitung, barang siapa yang beramal dengannya maka Allah akan mengukuhkan jawatannya.

الجليل
Al-Jalil, ertinya yang maha luhur mahupun mulia, sesiapa yang berzikir dengannya, maka Allah akan mempertingkatkan usaha pekerjaannya dan kedudukannya.
الكريم
Al-Karim, ertinya yang mulia , barang siapa yang mengamalkannya, maka Allah akan memuliakannya di dunia dan akhirat.
11
الرقيب
Al-Rafi’ ertinya yang maha mengamati dan menguasai, barang siapa yang mengamalkannya maka hartanya akan terpelihara.
المجيب
Al-Mujibu, ertinya yang memperkenankan. Barang siapa yang mengamalkannya, maka Allah akan mengabulkan hajatnya.
الواسع
Al-Wassi, ertinya luas kepunyaannya, barang siapa yang mengamalkannya, maka akan terpelihara daripada kesulitan.
الحكيم
Al-Hakimu, ertinya yang maha bijaksana, barang siapa yang mengamalkannya maka Allah akan memberi kecerdasan akal fikiran kepadanya.
الودود
Al-Waddud ertinya maha mencintai orang-orang yang beriman, barang siapa yang mengamalkannya, maka Allah akan memberi ketenangan kepada keluarganya.
المجيد
Al-Majidu, ertinya yang maha mulia, barang siapa yang mengamalkannya akan diberi keamanan kepada Anggota keluarganya.
الباعث
Al- Baa’itsu, ertinya yang maha membangkitkan mahluknya di hari kemudiannya, barang siapa yang mengamalkannya maka akan diberi kelapangan dada, ilmu dan hikmah.

12

الشهيد
Asy Syahidu, ertinya yang maha menyaksikan, barang siapa yang mengamalkannya, maka Allah akan memberi kelembutan kepada orang yang selalu menetang.
الحق
Al Haqqu, ertinya maha benar, barang siapa yang beramal dengannya, maka Allah akan menambah keimanannya.
الوكيل
Al –Wakilu, ertinya maha melaksanakan urusan mahluknya. Barang siapa yang mengamalkannya maka akan terlindung daripada bencana Alam dan terbuka pintu rezeki.
القوى
Al –Qawiyyu, ertinya yang maha kuat, barang siapa yang mengamalkannya akan terhindar dari kezaliman.
المتين
Al-Matin, yang maha sempurna kekuatannya, sesiapa yang mengamal ayat ini akan diberikan kekuatan bertempur.
الولى
Al-Waliyu, ertinya yang melindungi terhadap orang takut kepadanya. Sesiapa yang mengamalkan ayat ini, maka Allah akan memberinya hisab yang mudah.
الحميد
Al- Hamidu, ertinya yang terpuji, sesiapa yang mengamalkannya akan diberi pertuturan yang baik, dan perbuatannya akan dikagumi oleh semua orang.

13

المحص
Al- Muhshii, ertinya yang menghitungkan setiap mahluknya dan membalasnya. Iaitu sesiapa yang mengamalkannya, maka orang yang kita kehendaki itu akan patuh kepada kita.
المبدى
Al Mubdi’u ertinya yang mengzahirkan mahluknya, sesiapa yang mengamalkannya , maka akan berhasil apa yang dirancangkannya.

المعيد
Al-Mu’iidu ertinya yang mengembalikan, sesiapa yang mengamalkannya akan mendapatkan kembali barang yang hilang.
المحيى
Al- Muhyi, ertinya yang menghidupkan, sesiapa yang mengamalkannya akan memperoleh kemulian dan dapat meningkatkan darjat.
المميت
Al- Mumitu, ertinya yang mematikan, sesiapa yang mengamalkannya , maka Allah akan menundukkan nafsu pada dirinya.
الحى
Al- Hayyu, ertinya yang hidup, sesiapa yang mengamalkannya akan terhindar dari penyakit dengan izin Allah.
القيوم
Al- Qayyum, ertinya yang berdiri sendiri, sesiapa yang mengamalkannya akan termakbul hajat, dan dianugerahkan sifat dermawan, dan penuh kewibawaan sebagai pemimpin.
14
الواجد
Al- Wahidu, ertinya zat yang menemukan apa yang dikehendaki, sesiapa yang mengamalkannya, maka Allah akan memberi keyakinan kepada dirinya.
الماجد
Al-Maajidu, ertinya yang maha luas kemuliaannya. Sesiapa yang mengamalkannya akan diterangkan hatinya.
الواحد
Al-Wahid, ertinya mendapatkan apa yang dikehendaki, sesiapa yang mengamalkan kalimah ini akan termakbul hajad dan diberi zuriat yang soleh dan solehah.
الصمد
Ash Shamadu, ertinya tempat bergantung bagi semua mahluknya. Sesiapa yang mengamalkannya akan termakbul hajat.
القادر
Al-Qaadiru, ertinya yang maha berkuasa atas segala sesuatu, sesiapa yang mengamalkannya akan diberikan kekuatan.
المقتدر
Al-Muqtadiru, ertinya yang maha menentukan, sesiapa yang mengamalkannya akan mendapat hidayah Allah.
المقدم
Al-Muqqaddimu, ertinya zat yang mendahulukan, sesiapa yang mengamalkannya akan selamat di medan pertempuran.



15
المؤخر
Al-Muakhiru, ertinya zat yang mengakhiri, sesiapa yang mengamalkannya akan dibukakan pintu taufiq dan hidayah.
الأول
Al-Awal, ertinya yang terdahulu, sesiapa yang mengamalkannya akan termakbul hajatnya.
الأخر
Al-Akhiru, ertinya yang terkemudian, barang siapa yang mengamalkannya akan diberkan kebaikan di akhir umurnya.
الظاهر
Az-Zhahiru, ertinya maha nyata, sesiapa yang mengamalkannya akan terbuka segala ilmu.
الباطن
Al-Baatinu, yang maha ghaib, sesiapa yang mengamalkannya akan ditunjukkan kemudahan ilmu-ilmu baginya.
الوالى
Al-Waliyu, ertinya maha menguasai dan maha mengurus semua mahluknya, sesiapa yang mengamalkannya akan terbuka hatinya.
المتعالى
Al-Mutaa’lil, ertinya yang maha tinggi, sesiapa yang mengamalkannya akan mendapat darjat yang lebih tinggi.

16
البر
Al-Barru, ertinya yang maha berbuat baik, barang siapa yang mengamalkannya akan dipermudahkan keinginannya.
التواب
At-Tawabu, ertinya yang maha menerima taubah, sesiapa yang mengamalkannya, maka Allah akan mengembalikannya ke jalan yang benar.
المنتقم
Al-Muntaqimu, ertinya zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabnya. Sesiapa yang mengamalkannya akan terlindung dari di aninaya orang.
العفو
Al-‘afuwwu, yang memberi maaf, sesiapa yang mengamalkannya akan dikasihi Allah.
الرءوف
Ar-Raufu, ertinya yang maha memberi rahmat, sesiapa yang mengamalkannya akan disenangi manusia yang mengenalinya.
ملك الملك
Al Maalikul Mulki ertinya zat yang mempunyaikekuasaan. Sesiapa yang mengamalkannya akan dikukuhkan jawatan.
ذوالخلآل والاكرام
Dzul jala li Wal Ikhram, ertinya zat yang mempunyai ketinggian yang sempurna.sesiapa yang mengamalkannya akan dipenuhi hajatnya.



17

المقسط
Al-Muqsithu, ertinya yang sangat Adil, sesiapa yang mengamalkannya akan terlindung daripada was-was syaitan.
الجامع
Al-Jami’u, ertinya yang maha pengampun, sesiapa yang mengamalkannya akan dikumpulkan segala maksudnya.
الغنى
Al-Ghaniyyu, ertinya yang maha kaya, sesiapa yang mengamalkannya akan disembuhkan penyakit.
المغنى
Al-Mughni, ertinya zat yang memberi kekayaan, sesiapa yang mengamalkannya akan dilimpahi berkat kurniaan Allah.
المانع
Al-Manniu, ertinya menolak bahaya dan lain-lain, sesiapa yang mengamalkannya akan terlindung dari kejahatan orang yang zalim.
الضار
Adh Dhaaru, ertinya yang menyampaikan mudharat, sesiapa yang mengamalkannya akan sebuh dari penyakit yang degil.
النافع
An Nafi’u, ertinya yang memberi manfaat, sesiapa yang mengamalkannya akan dihilangkan kesusahan serta zuriat yang soleh.


18

النور
An Nur, ertinya yang menerangi, sesiapa yang mengamalkannya akan diberi penerang hati,
الهادي
Al Haddi, ertinya yang memberi hidayah, sesiapa yang mengamalkannya akan dipimpin Allah ke jalan yang betul.
البديع
Al Badi’u, ertinya yang menciptakan yang belum wujud sepenuhnya. Sesiapa yang mengamalkannya akan berjaya apa yang dirancangkan.
الباقى
Al-Baqqi, ertinya yang maha kekal.sesiapa yang mengamalkannya akan dikukuhkan usaha kerjanya.
الوارث
Al- Warithu, ertinya yang kembali kepadanya sekalian mahluk, sesiapa yang mengamalkannya akan diberi kemajuan dalam usahanya.
الرشيد
Ar Rasyidu, ertinya memberi petunjuk, sesiapa yang mengamalkannya, akan diberi kesedaran berfikir.
الصبور
As-Sabaru, ertinya sangan sabar, sesiapa yang mengamalkannya akan terlindung dari bala.




19


KONKLUSI DALAM PENGERTIAN ASMA UL HUSNA.

Dalam penjelasan serta penerangan tersebut, setelah kita melihat bagaiman penerangan tentang khasiat dan zat yang terdapat dalam nama-nama Allah ini, kita seharusnya mengambil manfaat serta tindakan yang wajar dalam mendidik diri kita supaya lebih dekat dengan Allah.

Seharusnya kita hendaklah sentiasa mengingati Allah deng sentiasa memperbanyakkan zikrullah, seperti mana firman Allah,;-


28. "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
[surah Ar-Ra’d ; 28]


Semenamgnya, akhir kata, kita seharusnya sentiasa berfikir dengan matang dan berfikir dengan interlek supaya kita akan menjadi generasi Ulul Albab, INSYA ALLAH.











No comments:

Post a Comment