Monday, July 26, 2010

PENGERTIAN IBADAH DALAM SOLAT

PENGERTIAN IBADAH SOLAT DALAM ISLAM.


Ibadah dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang unik, yang berbeza sama sekali dari
Konsep ibadah di dalam agama dan kepercayaan-kepercayaan yang lain. Keistimewaan
Ibadah dalam Islam dapat dilihat dengan jelas kepada perkara yang utama dalam rukun Islam, iaitu menunaikan solat lima waktu sehari semalam.


Dalam Islam, keistimewaan ibadah solat mempunyai banyak faedah dan implikasi yang baik, hal ini kerana ibadah solat bukan sahaja dapat membantu dalam memberikan
Rasa rendah diri kita kepada Allah S.A.W, bahkan ia juga mempunyai implikasi lain den termasuklah ia dapat membantu seseorang individu dalam mencegah kepada kemungkaran.

Sesiapa yang benar-benar memerhati konsep solat dalam Islam, ia dapat membezakan keindahan yang terdapat dalam Islam itu sendiri, umpamanya keadaan solat secara berjamaah yang begitu teratur dan berdisiplin, dan juga keadaan waktu solat yang disyariatkan kepada umat Islam, iaitu lima waktu sehari semalam. Dari sudut saintifik pula, keadaan solat selain daripada pergerakan solat yang dilakukan lima waktu sehari semalam merupakan satu gaya amalan yang sihat dari segi aktiviti fizikal mahupun kecerdasan mental dan rohani. Keadaan ini dilihat oleh pakar pengkaji solat menunujukkan bahawa dalam solat, perkara yang paling baik dan efektif dalam solat adalah ketika sujud, keadaan ini dimana pusan ingatan akan difokuskan selain ia dapat membantu dalam merehatkan dan memberi tumpuan terhadap daya pemikiran kita.1 Dalam hal ini, sudah jelas bahawa implikasi solat dalam sudut kesihatan sudah terbukti dan keadaan ini turut memberi perhatian dalam implikasi solat dalam mencegah kemungkaran.


______________________________________________________________________
1. Dipetik daripada majalah I.Sihat,; Nov 2008, Datok Dr. Norasyikin, utusan Karya, ;.. www.utusankarya.com.my. m/s 34.


2




GERAKAN ,BACAAN SERTA KESAN(APLIKASI) SOLAT DALAM MENCEGAH KEPADA KEMUNGKARAN.

Dalam keadaan ini, solat memainkan peranan yang cukup besar terutamanya dari segi bacaan serta penghayatan seseorang dalam mencegah kepada kemungkaran, terutamanya dari permulaan iaitu Takbiratul Ikhram sehinggalah kepada salam ; semuanya mempunyai makna tersendiri yang akan dikupas untuk merungkai implikasinya dalam mencegah kepada kemungkaran.

NIAT.
Dalam bab niat ini, setiap perbuatan mestilah disertakan dengan niat, termasuklah solat yang kita lakukan hendaklah diniatkan hanya kerana Allah S.W.T. dalam setiap solat sama ada solat subuh, zohor, Asar, Maghrib, Isyak, mahupun solat-solat sunat seperti solat Hajat, Solat sunat Dhuha, bahkan solat Hari raya Aidilfitri sekalipun perlulah dimulakan dengan niat. Umpamanya niat dalam solat Subuh, iaitu;



Yang bermaksud; Sahaja aku sembahyang subuh 2 rakaat kerana Allah ta’ala.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa niat memanikan pranan penting, apabila niat untuk melakukan solat dipesongkan, maka sekali gus solat kita akan menjadi rosak dan cela dan solat kiat pastinya tidak diterima Allah S.W.T kerana setiap kita melakukan solat hendaklah dengan niat kepada Allah. Dalam hal ini, keadaan niat yang baiak akan memberi focus kepada diri untuk tuntuk kepada Allah, perkataan “kerana Allah ta’ala” sudah menunjukkan bahawa kita telah pun mengangkat sumpah bahawa setiap solat kita hanya kepada Allah yang maha esa. Keadaan ini merasakan bahawa kekuasaan Allah telahpun dapat kita rasa dan solat kita akan menjadi lebih teratur, dalam erti kata khusyuk dan berdisiplin dalam menghadap yang maha esa. 2

__________________________________________________________________________
2. Pedoman sembahyang, lelaki, oleh.; Bukhari Saadudin T.M. niat solat dan cara-cara solat dengan betul. Contoh sembahyang yang dituntukkan ialah solat dua Rakaat.

3

SURAH AL-FATIHAH DALAM SOLAT.
Bacaan Al-Fatihah dalam solat rukun solat yang perlu dibaca dengan bacaan yang betul tanpa mengubah makna dan sebutan tersebut. Makna dalam surah Al-Fatihah adalah doa yang selalu dibaca ketika solat. Antara maksud surah Al-Fatihah,(ayat 1 hingga 7). 3 ;

“dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.”(1)
“segala pujian untuk Allah, tuhan sekalian alam(2) yang maha pemurah lagi maha penyayang(3)
Yang menguasai hari pembalasan.(4) hanya kepada mu kami sembah dan hanya kepadamu kami meminta pertolongan.(5) tunjukilah kami jalan yang lurus(6) jalan seperti orang-orang yang telah engkau beri kurnia, bukan jalan orang-orang yang engkau murkai(yahudi) dan bukan pula jalan-jalan mereka yang sesat( kristian)(7)

Dalam hal ini kita melihat bagaimana keadaan dan makna yang cukup mendalam dalam melafazkannya serta menghayati makna dalam surah tersebut. Unkapan dan bacaan dalam surah Al-Fatihah jelas sekali memberi kita peluang untuk menyampaikan doa supaya dijauhkan dari golongan yang dimurkai Allah dan juga golangan yang telah sesat dari ajaran Allah S.W./T.

Dalam hal ini, kita melihat bagaimana pentingnya Al-Fatihah dalam solat untuk memdidik manusia dalam berdoa supaya kita tidak mungkar terhadap Allah dan kita dikurniakan akal yang baik untuk menilai kebaikan dan keburukan yang terdapat pada diri kita.

3.0. RUKUK.
Dalam bab rukuk ini, kita akan melihat dari perpektif yang berlainan, sesetengah orang menganggap rukuk ini adalah satu perbuatan ataupun satu gerakan dalam solat. Tetapi sebenarnya, rukuk ini adalah satu permulaan untuk kita menyembah dengan serendah hati dan diri kita bahawa kita adalah hamba Allah yang sangat kerdil, dan hanya kepada Allah sahaja kita mengabdikan diri.

3. Al-Quran, Surah Al-Fatihah,; ayat 1 hingga 7.

4




Antara makna dalam bacaan ketika rukuk adalah;-

“Maha suci Allah yang maha mulia dengan segala kepujiannya.”

Makna dari perkataan tersebut menunjukkan kita mengakui bahawa Allah S.W.T maha berkuasa, maha mulia dan sebenarnya perkataan tersebut adalah sebagai bukti bahawa kita telah mengaku tentang kekuasaan Allah dan kemuliaannya. Ungkapan “ Maha suci Allah” telah menunjukkan bahawa kita menyatakan kekuasaan Allah dengan harapan agar Allah mendegar doa kita dalam surah Al-Fatihah tadi, dan seharusnya kita sentiasa memuji kebesaran Allah. 4

Dalam konteks ini, perbuatan rukuk mempunyai pengaruh yang kuat dengan perbuatan sujud kerana rukuk adalah permulaan untuk kita merendahkan diri kita di hadapan Allah, tuhan sekalian Alam,

4.0. SUJUD.
Sujud merupakan satu pergerakan selepas rukuk dimana kita menundukkan kesemua anggota kita ke tempat yang terbawah, supaya kita sedar bahawa Allah sentiasa berada dimana-mana untuk memerhati kita. Dalam hal ini, kita perlulah merasa tawaduk dan menrndah diri dengan serendah-rendah di hadapan Allah S.W.T. antara makna dalam sujud adalah;-

“Maha suci Allah yang maha tinggi dengan segala kepujiannya”.

Jelas sekali, dalam sujud dan juga rukuk tadi, kita memuji Allah dengan sebanyak-banyaknya, dan disini kita melihat bagaimana kedua-dua perbuatan tadi menunjukkan rasa cinta kita kepada Allah, dan seharusnya kita merasa takut untuk melakukan kemungkaran kerana kita telahpun berjanji dan mengakui tentang kehebatan Allah, dan seharusnya kita tidak melakukan kemungkaran. 5.
____________________________________________________________________________
4. cara rukuk, panduan rukuk dan bacaan dalam rukuk, dinyatakan sekali cara yang betul ketika rukuk, oleh Bukhari Saaduddin T.M. ;Pedoman sembahyang.
5. Car sujud, sama penerangan tadi telah dijelaskan dalam rukuk,
5

5.O. TAHIYAT AWAL DAN TAHIYAT AKHIR.
Dalam tahiyat awal dan tahiyat akhir sememangnya merupakan satu elemen penting dalam solat. Dalam tahiyat awal than tahiyat akhir, sudah pasti ada ucapan dua kalimah Syahadah yang sememangnya menjadi factor penting dalam iman dan kekuatan akidah seseorang muslim itu tadi. Kalimah syahadah itu adalah(bermaksud);-

“aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”

Antara makna dalam bacaan tahiyat akhir ialah(bermaksud);-
“segala penghormatan, segala keberkatan, segala doa(sembahyang), segala kebaikan itu adalah kepunyaan Allah, sejahteralah engkau wahai seluruh nabi, (begitu juga dengan keberkatan dan rahmat Allah, sejahtera pulalah kami dan hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada tuhan disembah melainkan Allah, dan aku mengaku bahawa nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, rahmatilah Muhammad dan seluruh keluarga Muhammad. Sebagaimana telah engkau rahmati Ibrahim dan seluruh keluarga Ibrahim. Berkatilah Muhammad dan seluruh keluarga Muhammad, sebagaimana telah engkau berkati Ibrahim dan seluruh keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini, engkau sahaja lah yang paling terpuji dan yang paling mulia.”

Dalam hal ini,kita melihat bagaimana segala pujian kepada Allah, dan keberkatan keatas Muhammad S.A.W. dan keluarga nabi Ibrahim a.s. Dalam hal ini, kita dapat melihat pujian hanya pada Allah dan kekasih Allah, dan kita seharusnya sedar dan insaf untuk menjadi seseorang muslim yang dikasihi Allah. 6

Sememangnya, kita seharusnya sedar, segala amalan kita, segala perbuatan kita akan dihitung oleh Allah di hari pembalasan kelak. Dalam hal ini, bacaan dalam tahiyat mengajar kita erti merendah diri yang sebenarnya, dan seharusnya, ucapan ini kita selalu ucapkan supaya kiya sedar dan melihat tentang kebesaran Allah selain kita dapat memperbanyakkan selawat ke atas Muhamad dan Ibrahim a.s.
6. Penerangan tentang tahyat awal dan tahyat akhir oleh bukhari Saaduddin. m/s 22.

6




6.0 SALAM DAN DOA AKHIR SOLAT.

Dalam bab ini, kita melihat bagaimana salam dan doa dilihat satu perkara yang cukup penting dalam elemen solat. Salam merupakan satu ucapan kepada Malaikat di kanan dan kiri supaya segala amalan kita dapat dihitung dengan baik. Dalam hal ini, kita melihat bahawa salam bukan sahaja di diucap dengan manusia, mahupun para anbia, malahan sesama malaikat juga kita perlu mengucapkan salam.

Antara ucapan salam ialah(bermaksud)’-
“salam sejahtera untukmu, semoga di rahmati Allah dan diberkatinya.”

Dalam hal ini, kita melihat bahawa salam yang diucapkan merupakan satu penghormatan dan ucapan kebaikan kepada mahluk Allah, dan sekali gus kita dapat melihat bagaimana pahala yang kita dapat daripada salam. Dan mencegah kita daripada kemungkaran. Kerana dalam salam, doa diucapkan iaitu “semoga Allah merahmatimu”jelas menunjukkan bahawa kita sentiasa dalam rahmat Allah. 7

Dalam bab doa pula, Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud.

“ berdoalah kepada ku, nescaya akan ku perkenankan doa mu itu”. 8

Dalam hal ini kita melihat bagaimana pentingnya doa untuk kita supaya kita memohon pertolongan kepada AllahS.W.T. Dalam hal ini seharusnya kita sentiasa berdoa kepada Allah supaya dijauhkan diri kita dari pada perkara-perkara yang dimurkai Allah.




________________________________________________________________________
7. Salam selepas solat, cara bacaan dalam solat, diterangvkan dalam buka panduan soalt, terbitan jabatan pelajaran negeri Selangor Darul Ehsan. 2002. m/s 11.
8. Al-Quran karim.
7

KONKLUSI SOLAT DALAM MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Jelas dalam bab solat, kita seharusnya bukan sahaja menitik beratkan bacaan, gerakan, mahupun aspek-aspek lain dalam solat, apa yang paling penting di sisi adalah cara yang betul dan sempurna dalam solat (kekhusyukan). Dalam hal ini, kita seharusnya dapat memahami dan mengerti apa yang dimanakan aplikasi dalam solat. Aplikasi ini bukan sahaja dapat membantu dalam meningkatkan kehusyukan dan kesempurnaan solat kita, tetapi dapat membantu kita dalam menjauhkan diri dari sifat keji dan hina.

Marilah kita sama-sama sentiasa meningkatkan kesempurnaan solat kita, supaya solat kita diterima Allah s.w.t dan seterusnya kita mendapat faedah sama ada dari sudut tersurat mahupun tersirat. Apa yang pasti, kita haruslah sentiasa solat dengan penuh rendah diri dan tawaduk.

Semoga apa yang kita lakukan dalam solat kita akan sentiasa dirahmati dan mendapat pahala daripada Allah S.W.T. dan seterusnya mendapat rahmat daripadanya.

BIBLIOGRAFI.


1.PEDOMAN SEMBAHYANG, LELAKI, oleh Bukhari saadudin T.M.penerbitan PUSTAKA MELAYU BARU KUALA LUMPUR. Cetakan kedua, 2000.

2.buku penilaian kelas fardu ain, terbitan jabatan Agama Islam Negeri Selangor, (JAIS).

3.SINAR ROHANI, pembimbing ummah. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia- November 2009m. www. Islam.gov.my

4. majalah I Sihat, www.utusankarya.gov.my.

No comments:

Post a Comment